Menguraikan hasrat di hati..
Agar terubat segala keresahan dijiwa..
Agar terubat segala keresahan dijiwa..
Tak pernah ku sedari..
Kata-kata itu berputar-putar di benak fikiranku..
Aku menaip mesej dan bertanya kepadanya apa yang dimaksudkan dengan ayat itu..
Dia bukan menjawab soalan aku dengan direct tapi penuh dengan ayat berbunga..
“Ish..bosan baca ayat yang bermadah neh..”gerutu hatiku.
Bila aku membaca mesej yang dihantar
“aduh,apa yang dia maksudkan ne..tak faham aku”aku bermonolog sendirian.
Tapi bila ku hayati dan renung dalam-dalam sungguh terasa manis..
Nilai sabar,sayang,ithar..
sekeliling kita,ramai bergelar sahabat berbanding keluarga.
Banyak kuasa ALLAH direflek
dengan mentadabbur ragam manusia bergelar sahabat.
Ithar pada sahabat,jadikan ‘ashabi kal nujum’ ” .
Ehm faham tak??
macam nie lah bahasa mudahnye..sahabat itu kita ibarat kan bintang ..
yang mane ia berkilauan dan amat berharga..
kita sanggup melebihkan dirinya dari kepentingan diri kita..
ya!! Itu tahap ukhwah yang tertinggi ~ ithar..
tapi aku pun belum tentu dapat melakukannya..
tahap ukhwah yang bawah sekali pom belum tentu aku laksanakan ~salamatussodri..
iaitu berlapang dada..
jom..kita selak lembaran sirah..
Sebuah kisah yang begitu mengharukan yang berlaku di Gua Thur ialah pengorbanan Saidina Abu Bakar ra dipatuk ular berbisa di kakinya ketika Rasulullah saw sedang tidur di pangkuan Saidina Abu Bakar ra.
Selepas Rasulullah saw mengetahui hal tersebut, Baginda saw menyapukan luka patukan ular
dgn air liur Baginda saw & Saidina Abu Bakar ra pun sembuh.
tapi kita??
Bagaimanakah?? Apakah pengorbanan kita untuk Islam..adakah setiap hari lidah kita akan basah dek kerana berselawat kepada nabi..
‘engkau selalu lupa..
Sedang hati mu tetap lalai..
Padahal umur kian tiada..
Namun dosamu semakin bertambah’
Jadi tunggu apa lagi??
“bertaubatlah kamu semua kepada ALLAH SWT wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”
(surah annur:31)
Kata umar r.a
“hendaklah kamu koreksi diri sebelum diteliti & menimbang-nimbang sebelum ditimbang”
Wallahualam…
satu nukilan yang menyentuh hati..syukran sahabat..teruskan nukilan mu :)
ReplyDeletesyukran..doakan..hehe
ReplyDeleteAllahuakbar.tahap manakah ithar kita. "sekiranya dikau hnya merasakan diri telah ithar, sedarlah..bahawa dikau sebenarnya belum benar2 ithar". muhasabah sejenak.;)
ReplyDelete