Saturday, 24 November 2012

DIA YANG ISTIMEWA :)



Kipas ligat berputar, angin sepoi-sepoi bahasa begitu mendamaikan. Tingkap dibuka, cahaya mentari mula menyinari bilik yang kelam itu.


 ‘Tit’ petanda ada mesej yang sampai. Hani mula membukanya dengan penuh cermat, ditekannya hp nokia itu. 

                                                  


“sahabat, waktu terasa semakin berlalu, semakin pantas meninggalkan cerita tentang kita, tertanya aku akankah tiada lagi tawamu, untuk hapuskan semua sepi dihati..

Sahabat, teringat aku ada cerita tentang aku dan kau, dan kita bersama saat dulukala, ada cerita tentang masa yang indah, saat kita berduka, 

                                  


saat kita tertawa, ceritakan semuanya tentang kita..

Sahabat, musykilku apakah aku kan bisa tanpamu, untuk belajar terbang melayang, namunku kan gagahkan diri cuba untuk terbang sendiri, mencari bunga cita-cita.. mampukah aku??

Ya ALLAH, KAU berilah rahmatMU dalam memelihara insan ini kerana hanya KAU yang mampu menjaganya jauh lebih baik daripada aku..

Sahabat, inshaALLAH, esok kita akan terus bersahabat dijalan ALLAH, jika hari ini kita terus mendoakan ikatan yang akrab ini akan terus bersemadi..

Sahabat, mungkin hari ini atau esok aku akan pergi, tanpa sempat bertemu denganmu lagi, namun, aku sempat berdoa dalam kesyahduan. “ya ALLAH, sayangilah sahabatku ini kerana aku tak mampu menandingi kasih sayangMU.”

Hani tak terkata, speechless.. mesej ditatap lama. Bibir bergetar menutur bicara,  “ya ALLAH, aku juga merinduinya disana”. 

Yang jauh akan datang dekat dengan kita, yang datang akan berjumpa, yang berjumpa akan berpisah, yang berpisah akan merindu, yang merindu akan sentiasa mendoakan . walau sejauh mana pun jarak kita, doa itu penghubungnya. 

Kata Saidina Umar Al Khattab r.a : “andai aku tahu betapa peritnya perpisahan, takkan aku  berharap untuk sebuah pertemuan”.

Pesanan Al Qamah iaitu sahabat nabi  s.a.w kepada anaknya:

1-Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

                                          

2-Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerimanya dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitung (menyebutnya).

3-Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dan dianggap sangat berguna, dan jikalau ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya. 

4-Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam ia mula menyapamu dahulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, ia suka membantu dan meringankanmu dan menghiburkanmu.

5. Carilah sahabt yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan selalu mempercayainya sahaja. Jikalau engkau mengemukan persoalan yang berat, dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih pendapat dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

                                                


 kadang-kadang kita fikir sahabat kita lupakan kita, tapi mungkin doanya yang dititipkan hari-hari itu yang membuatkan kita berjaya melangkah sampai sekarang. ya ALLAH, KAU berkatilah sahabat-sahabat aku walau dimana pun dia berada :) amin..


2 comments:

  1. Maka kita akan berasa istimewa, apabila dikelilingi sahabat2 yang istimewa..

    ReplyDelete
  2. jangan di tunggu aku kerana mengutip kelebihan, tp bntulah aku shbt kenal kelemahan driku...yg baik jd tauladan, tp mencari kelemahan pdku pasti kau temui, tuntunilah aku kerana aku sdg mencri teman dlm menuntut ilmu......

    sy syg shbt2 sy :)ukhuwwah fillah wa fi islam..........insyaAllah :)

    ReplyDelete