Bismillahirrahmanirrahim..
Sekarang ini musim exam, yang mana ramai yang dok hadap buku 24 jam. Ada yang mula histeria apabila yang dibaca tidak difahami, ada yang rilek-rilek saja.
Ya!! sem ini akan melabuhkan tirai. Macam-macam yang berlaku. Ada yang gembira, ada yang menjadi kejutan, ada juga peristiwa yang membuatkan air mata tidak berhenti mengalir. Semuanya datang dari DIA, maka beruntunglah bagi yang redha.
Dalam kesibukan fatrah exam, DIA memberiku peluang dan ruang untuk muhasabah.
Pada hari khamis lalu, hari yang sangat padat, lepas tasmi' sambung dengan presentation. Badan dan otak sudah mula terasa letih kerana malam sebelumnya hanya tidur beberapa jam. Aku dan kawan aku pergi ke kedai printer untuk print esaimen untuk dihantar. Alamaaaakk.. Ramainya orang kat kedai printer. Aku masih sabar menunggu dan meletakkan laptop di atas meja. Selepas selesai print, aku pulang dengan mengambil langkah yang amat laju kerana masih ada kerja yang perlu diselesaikan. Aku melangkah dengan laju, tanpa menghiraukan perut yang mula berkeroncong minta diisi. Apabila sampai sahaja ke mahallah halimah, tiba-tiba aku teringat something. 'Aik, kenapa ringan aje. Aku tertinggal apa-apa ke?' bisik hatiku.
Pap!! 'ya ALLAH, aku tertinggal laptoppp'. Aku mula menghubungi kawan aku yang masih ada di centre.
Dalam masa 5 minit, aku call dia kembali, dan resultnya.... Tiada!!! Ya ALLAH, betul ke ni?? Aku tak percaya..
"ya ke nie tak de?"
" ya, Hamizan! Aku dah cari. Dah redah satu kedai dah. Dah tanya kakak yang ada kat situ, tapi tak de."
Ya ALLAH.. Macam mana ni? Macam-macam dalam fikiran aku. Laptop bukannya murah macam handset.
Aku menelefon kawan aku yang lain, mungkin dia ada di centre time tu. tapi kawan aku baru sahaja tiba di mahallahnya. Aku mula sebak apabila kawan aku yang lain pula pesan supaya aku bersabar, doa banyak-banyak.
Aku call kawan aku yang tadi, mintak tolong cari sekali lagi. Alahai kesiannya kat dia. Maaf la ea.
Dia pun melangkah la ke kedai printer tadi. Aku menunggu mesej daripadanya. Hati ini tidak berhenti berdoa, dan akhirnya, jumpa. ada orang hantar semula.
Ya Allah... Alhamdulillah, tak terkata dan aku kelu seribu bahasa. Aku tahu yang DIA boleh ambil sahaja apa yang aku ada kerana semuanya milik DIA tapi DIA kembalikan semula.
Dia tidak pernah meninggalkan aku keseorangan, walaupun aku selalu melupakanNYA, Dia melihatku, Dia sentiasa disisi. Tapi, aku tetap leka sehinggalah ujian bertimpa-timpa datang membuatkan aku rebah, tersungkur.
Ya ALLAH, aku tidak ingin mengenalMU hanya ketika aku sedih tapi aku ingin mengenalMU dan dekat denganMU setiap saat, setiap jam, setiap masa, setiap hembusan nafas.
terasa diri ini terlalu jahat, terlalu banyak dosa, membuatkan hati gelap gelita.
Wahai diri,
tatkala hati disapa rasa bersalah, maka bersyukurlah kerana itu adalah salah satu bentuk hidayah.
Dosa yang kita sedari itulah mendekatkan diri kita dengan ALLAH.
Dan melahirkan rasa kehambaan.
Sesungguhnya manusia ini lemah,
maka pergantungannya kepada ALLAH.
Allah... syukran sahabat...
ReplyDeletedisaat ku berada dalam kesusahan dan kesenangan,ENGKAU jualah ku kembali...
tanpaku sedari, aku terduduk diam merenungi apa erti sebuah kehidupan, manjalani kehidupan sbgai seorg hamba Allah yg bnyak melakukan dosa... hakikatnya, Allah sentiasa bersama dgn hamba2-Nya.. :)