Thursday, 28 March 2013

SILENT MOOD

Bismillahirrahmanirrahim.. Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

Kekangan masa membuatkan blog ini bersarang. Rasa terketuk untuk mengupdate apabila ada sahabat yang menegur "aii, lama tak update. Nanti ada masa update la yea, dah lama tak dengar cite ne".

Cuti mid break yang agak menyedihkan kerana kali ni tidak dapat pulang ke kampung, rindu. Siyes rindu, tapi tak ape lah. kuserahkan segala-galanya pada DIA. Moga pengorbanan mendapat ganjaran. Sunyi bumi uia sesunyi hati ini.



Tenang melayan alunan zikir terapi Hafiz Hamidun, terasa diri ini terlalu jauh daripadaNya. Kata Hamka
 " yang ada ini sudah harapan kita". Kita ada kaki, tangan, semua anggota cukup lengkap tapi kita selalu inginkan nikmat yang lain, bukan tidak boleh  meminta yang lain tapi kita sering terlepas pandang nikmat yang kita ada".

Nabi s.a.w pernah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, di akhirat ALLAH akan ambiL orang yang paling menderita dalam hidup ini dan dicelupkan ke dalam syurga. Apabila ditanya "adakah kamu pernah merasa derita dalam hidup ini?" maka dia menjawab "tidak pernah, aku tidak pernah rasa derita dalam hidup ini". Lupa terus kisah derita  dengan satu celupan ke dalam syurga. Kemudian, ALLAH mengambil orang yang paling nikmat diatas dunia dan dicelupkan ke dalam neraka. Apabila ditanya " adakah kamu pernah merasa nikmat dalam hidup ini?" lalu fulan itu menjawab "tidak pernah aku merasa nikmat dalam hidup ini". Lupa terus nikmat yang dia pernah nikmati diatas dunia hanya dengan secelup celupan ke dalam neraka.



Masihkah kita ingat nikmat yang kita nikmati setiap hari? Kita selalu lupa. Kita sering mengeluh dengan kehidupan ini dengan keperitan hidup, bebanan kerja tapi jarang kita berfikir kembali dan menghargai apa yang kita dapat setiap hari.

Sebahagian sarjana ada menyebut "syukur kadangkala lebih tinggi makamnya daripada sabar".




"biar sendiri hingga hujung nyawa,
saratkan hati ini dengan cintamu.
ya rabb, aku lelah.
lelah dengan segala dusta manusia.
tapi aku yakin, istighfar pembuka hijab.
penenang, memberi jalan.
argh, manusia penuh dusta.
dikata cinta, tapi lain yang ditunjukkannya.
kejayaan, tapi tiada ketenangan.
ya Allah, bimbinglah aku kembali.
aku mahu duduk dihadapanmu, dilihat, dikasihimu"





No comments:

Post a Comment