~bismillah~
Jika saat ini,
Anda sedang tersenyum,
Moga senyuman itu menjadi ibadat.
Jika saat ini,
Anda sedang bersedih duka,
Moga kesedihan itu tidak berlanjutan.
Jika saat ini,
Anda sedang marah penuh dendam,
Moga kemarahan itu tidak menjadi barah dalam kehidupan.
Jika saat ini,
Anda sedang gembira bahagia,
Moga kebahagiaan itu dapat menceriakan persekitaran.
Jika saat ini,
Anda sedang risau dan bimbang,
Moga kerisauan itu dapat dilunturkan dengan munajat,
Biar bertukar menjadi ketenangan.
Biar apa pun kita,
Siapa pun kita,
Semoga setiap langkah diredhai DIA,
Pergilah derita,
Datanglah bahagia,
Impian kita syurga,
Harapan kita melalui doa,
Kerana kita ada DIA,
Yang selalu menguatkan kita.
be better than you were yesterday :)
ReplyDeletesemoga datangnya kebahagia, hilangnya derita, yakinlah Allah tetap bersma dgn kita...