قد كفاني علم ربي. من سؤال واختياري. فدعائي والبتهالي. شاهد لي
بافتقاري
Cukup bagiku pengetahuan Tuhanku
daripada permintaan dan usahaku. Doa serta permohonanku, sebagai bukti pada kefakiranku.
Oleh kerana rahsia itu aku berdoa
pada saat aku senang dan susah.
Aku adalah hamba, menjadi kebanggaanku, dalam kefakiran dan keperluanku.
Wahai tuhanku yang memiliki aku, Kau
Maha tahu akan keadaanku. Dan apa yang berada dalam hatiku dari kesedihan dan
kesibukanku. Maka tolonglah aku dengan kelembutan. Darimu wahai tuhan seluruh
hamba.
Wahai yang Maha Pemurah tolonglah
hamba. Sebelum lenyap kesabaran hamba. Wahai pemberi pertolongan dengan segera.
Berilah kami dengan segera pertolonganMU. Yang dapat menghilangkan kesulitan
dan dapat mendatangkan. Dengan apa-apa yang kami
harapkan semua.
Wahai yang Maha dekat, dan menjawab.
Wahai yang Maha mengetahui dan mendengar. Aku mengaku akan kelemahanku. Dan
ketaatan serta kesedihanku. Aku sentiasa menunggu di hadapan pintu rahmatMu
Wahai tuhanku, berilah rahmat padaku.
Pada lembah kurniaMU aku berada. Wahai tuhanku, tetapkanlah keberadaanku disana.
Aku sentiasa mempunyai prasangka baik. Ia (prasangka baik) adalah teman dan
kawanku. Juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku. Sepanjang malam dan
siangku
Wahai tuhanku, dalam jiwa ini
terdapat hajat. Tunaikanlah wahai yang Maha Menunaikan, Tenteramkanlah rahsia
dan hatiku. Dari kebimbingan dan pergolakannya.
فالهنا والبسط حالي.
وشعاري ودثاري
Sungguh aku berada dalam
ketenteraman dan ketenangan .Dan juga (ketenteraman dan ketenangan) menjadi
pakaianku.
sujud syukur penduduk mesir
ALHAMDULILLAH, mesir kembali bersinar dengan nur
islam. Dr. mursi telah disahkan menjadi presiden mesir. ALHAMDULILLAH,
pemerintahan taghut telah jatuh terbongkang, kini Islam MULA MEMAYUNGI Negara.
INNAFATAHNA LAKA FATHAN MUBINA.
SUBHANALLAH.WALHAMDULILLAH.WALAILAHAILLALLAH.ALLAHUAKBAR!!!!WALILLAHILHAMD.
No comments:
Post a Comment