Wednesday, 27 June 2012

ini yang kita tunggu dan mahu :)



Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

“kita bukanlah pemula dan pengakhir kepada perjuangan ini, kita adalah penyambung kepada rantai-rantai perjuangan Rasulullah s.a.w”.

Lau kana bainanal habib, jika Rasulullah ada di sisi kita pasti tersenyum baginda kerana masih ada di kalangan umatnya yang memperjuangkan Islam, yang mengatakan haq di hadapan pemimpin yang zalim dan memegang amanah dengan sebaik mungkin.




"Saya telah diberi kuasa memerintah kamu, tetapi saya tidak terbaik dari kalangan kamu. Jika saya berbuat baik, maka bantu lah saya dan jika saya lakukan kesalahan, perbetulkanlah saya, serta taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya, tetapi jika aku menderhaka kepada Allah atau RasulNya, kamu berhutang kerana saya tidak taat. "

Itulah ucapan pertama yang dilafazkan oleh Dr. Mursi, presiden mesir. Seperti kata-kata Saidina Abu Bakar kan?? Allahuakbar J

Aku terkedu membaca sebuah artikel yang menyatakan 4 langkah umum  Dr. Mursi menjadi presiden mesir. Ingin tahu apakah langkah nya??

1-    Menyumbangkan wang gajinya untuk kebajikan rakyat mesir.
                                                                                                                                   
2-    Mengeluarkan arahan agar tidak mengantungkan gambarnya di bangunan kerajaan dan menerbitkan ucapan tahniah di dalam akhbar kepada beliau.

3-    Semalam beliau menerima kunjungan ibu kepada Khaled Said dan keluarga mereka yang terbunuh pada perhimpunan 25 januari, di Istana Presiden dan mengarahkan pengawal istana untuk tidak menghalang keluarga mereka yang syahid itu dari menemuinya bila-bila masa dan beliau berjanji akan menghukum mereka yang membunuh para peserta perhimpunan dan mendakwa bekas presiden Hosni Mubarak, Habib Al Adli dan defendan yang lain.


4-    Mengurangkan bilangan kenderaan bagi mengiringinya supaya tidak mengganggu lalulintas.

Subhanallah.. Teringat kisah Saidina Umar Al-Khattab sanggup bergelap kerana anaknya ingin membincangkan hal peribadi. Walhal dia seorang amirul mukminin yang kaya raya, tapi dia tidak menggunakan sedikit pun wang rakyat untuk kepentingan peribadinya. Sesungguhnya amanah itu taklifan bukan tasyrifan. Wallahua’lam.


Semoga Malaysia juga akan dipimpin oleh pemimpin yang berintelektual, gagah perkasa dan berjiwa abid. Amin. Semoga sinar Islam akan terus menyinari alam ini.

No comments:

Post a Comment