Bismillahirrahmanirrahim..
Aku duduk bersendiri menunggu makanan yang diorder, tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara yang entah darimana datangnya.
"Eli, seorang sahaja?"
"eh, mana ada seorang, ramai je yang berada disebelah aku ni. Tak nampak ke?" aku tersengih. Gurauan aku disambut dengan gelak tawa.
"Eli.. kau ape kaba sekarang?" Nisa mula melabuhkan punggungnya menghadap aku.
"Aku? Alhamdulillah baik-baik sahaja. Kau macam mana Nisa? Okey?"
"Aku? Aku sedih."
"kenapa ni Nisa?"
"Aku tak tahu la, aku rasa rendah diri sahaja dengan kawan-kawan yang lain. Mereka bijak dalam akademi, banyak ilmu. Aku rasa terpinggir."
"Nisa, kau tak leh macam ini, kau tak boleh semakin meng 'down' kan diri kau. Kau mesti bangkit. Kau jangan asyik tengok orang sehingga kau tak nampak kau juga banyak kelebihannya."
Aku menepuk bahu nisa tujuan memujuk, kelihatan wajahnya semakin sugul.
Aku terus menyusun bicara" sahabat, jangan kau selalu mengatakan alangkah cantiknya pelangi diatas kepala orang lain sehingga terlupa pelangi diatas kepalamu yang tersergam indah mewarnai hari-harimu"
"biar sendiri hingga hujung nyawa, asal tak sepi dari kasihNya,
begitulah hakikat cinta, hanya Tuhan yang Esa.
mereka tidak pernah rasa apa yang kau rasa,
mereka hanya memandang sepi akan permasalahan diri,
mereka bergembira bahagia,
kenapa engkau menangis hiba disini,
walau kau terus melangkah dan melangkah
tapi hasilnya tidak juga ada,
engkau terus menuggu hingga malam tiba,
tapi hanya sepi yang engkau ada,
engkau bersabar hadapi semua ini,
tapi engkau buntu bagaimana untuk kau terus renangi,
engkau terkadang lemas ditengah lautan dalam,
langsung tiada orang yang menoleh walhal launganmu terlalu nyaring,
tiada siapa peduli,
engkau terus memujuk diri, terus bersalamatus sodri,
begitu menyesakkan, nafas mu mula berkurangan,
engkau lemah seketika, terjatuh engkau kerana sudah tiada tenaga,
masih begini, menunggu mentari menyinari,
sangkamu sudah tiada sinar,
hanya sirna yang kelam menyelubungi,
tapi tanggapanmu silap,
kerana DIA masih disisi, masih MEMERHATI..
engkau kuat sahabat.. I wish u all d best, may ALLAH bless u in every step that u take :)
No comments:
Post a Comment