Lagu nur malam berkumandang dari corong handsetku menandakan ada panggilan masuk.
‘oh,hanini rupanya call’,detik hati ku apabila melihat nama yang terpapar di skrin.
“assalamualaikum”,aku memberi salam kepadanya.
“waalaikumussalam.jey,tok se mari sini ko?”
“mano?ore dok kat berubat ne”
“kat keloh la.”
“oh,inshaALLAH..”
“jey nok mari eh?”tanyanya begitu gembira.
“inshaALLAH..inshaALLAH..”..aku terdengar suara sarah yang memanggil jey, mari jey..aku tersenyum..
Setelah perbualan kami tamat,aku pun memberitahu kepada ayahku mengenai tempat berlakunya perkelahan itu..
Ketika sampai disitu,aku lihat begitu ramai sahabat-sahabat disana..sungguh menggembirakan hatiku..mereka terus menerpa kearahku dan peluk cium yang mereka hadiahkan kepadaku..ya!!sungguh berbunga hati ini..
Apabila sampai di situ aku mula mengheret syirah untuk bercerita & bergurau senda dengannya..sudah lama benar kami tidak bersembang sebegitu rupa..orang lain sibuk membakar ayam kami pulak mencari satu sudut untuk berkongsi cerita..hehe..jangan marah..
Kemudian sarah & hasmida datang..
“sombong ar mung..tok sale nah..”
Aku tersenyum kepada mereka..macam mana nak salam ?? mereka terlalu sibuk dengan ayam,sotong nya..haha..
Mereka membawa ayam bakar dan sosej kepada kami..wah!!!macam tetamu khas la pulak..haha..seronok apabila mendapat layanan yang begitu istimewa..terima kasih sahabat..sayang korang..
Kemudian kami berkumpul diatas kerusi sambil bersantai menghabiskan makanan yang ada..pelbagai isu yang kami bicarakan dan gelak tawa pastilah berkumandang memeriahkan suasana..suara kitorang je yang berbunyi..hehe..sindir menyindir antara kitorang,bergurau senda menggamitkan suasana..
Ketika aku minum koktel yang dibawa oleh mida, aku bertanya
“tak dop selasih ko ne??”
Pertanyaan itu disambut gelak tawa sahabat-sahabat yang pernah menghadiri satu program yang mana kami terjumpa ‘biji selasih’ ketika kami sedang menyiapkan air sirap..pergh..hampir nak minum dah air tu..sedap jugak minum air selasih ne..haha..
Setelah puas bersantai,kami masuk ke dalam bilik.. Tiba-tiba mimi memanggilku dan memberitahu yang ayah aku sudah datang untuk mengambilku..
Aku terus tergesa-gesa keluar & mereka memperingatkan stokin-stokin..hehe..punya lah terkejut..bagus kawan atas ingatan..
“Sesiapa yang ALLAH ingin kurniakan kebaikan kepadanya necaya ALLAH mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya ia TERLUPA ia menolong MEMBERI PERINGATAN dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya.” (hadis)
Apabila keluar,aku tercari-cari dimanakah ayahku??tiada pun..aku bertanya kepada salah seorang yang datang ke program..diorang pom bagitau..jom naik bot..ajak beberapa orang lagi..ish..mereka tipu..mana ade ayah ku datang,rupa-rupanya nak naik bot..aku pun terus melangkah ke bilik dan memanggil beberapa orang lagi..wah!!! sungguh seronokkkkkkkkkkk…
“sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana ALLAH dan marah juga kerana ALLAH”(HADIS)
TERIMA KASIH SAHABAT ATAS CINTA YANG MANIS INI!!!!
Jika jasad tak dilihat zahir,cintaku tetapkan hadir..
andai dikurnia syurga kanku tunggu diluarnya..
jika ditanya mengapa??
Jawabku, menunggu dikau sampai DAHULU.. J
(SINERGI HILAL ASYRAF)
No comments:
Post a Comment