Kita sering lupa yang DIA selalu ada..
Kita sering lupa bahawa DIA dekat sangat dengan kita..
Lebih dekat daripada urat saraf kita..
Kita sering lupa yang DIA memberi kita segala-galanya..
Makan minum kita..udara..semua keperluan kita lah..
Dan nikmat paling besar DIA bagi kita nikmat IMAN & ISLAM..
Kita sering menyombongkan diri terhadapNYA..
Dengan pelbagai kemegahan..
Padahal DIA lah yang melindungi kita di tempat tidur kita..
DIA lah yang menciptakan kita tapi selain DIA yang kita puja..
DIA lah yang sentiasa menjaga kita tapi selain DIA yang kita ingati..
Kebaikan NYA sentiasa turun kepada hamba-hamba NYA..
Tetapi kejahatan yang naik kepadaNYA..
DIA mencintai hamba-hamba NYA..dengan memberikan pelbagai nikmat..
Sedangkan DIA tidak memerlukan kita..
Bahkan kita lah yang MEMERLUKANNYA..
“Jika mana-mana hambaKU mentaatiku,maka AKU redha kepadaNYA.Bila AKU redha kepadaNYA maka akan AKU berkati seluruh hidupnya.sesungguhnya keberkatanku tidak ada penghujungnya, dan jika hambaKU melakukan maksiat kepadaKU ,AKU marah kepadaNYA,bila AKU marah kepadanya maknanya AKU melaknatinya” (hadis qudsi)
Alangkah lekanya kita..
DIA tahu keluh kesah hati kita..
DIA tahu takut gementarnya kita..
DIA bagi kita pelbagai ujian agar kita sedar yang DIA ada bersama kita..
DIA tak pernah tinggalkan kita pun..
Tapi kenapa selain DIA yang kita cari..
Adakah resah gelisah itu dapat ditangani
Dan dapat ditenangi oleh sesiapa selain DIA??
Tanyalah diri kita..kerana akan terjawablah segala persoalan itu..
Kenapa berat sangat lidah kita untuk menyebut namaNYA??
Siapa kita??besar sangat kah kita??
Kita hanya hamba..hamba..hamba..
Ingat tuh..
Kenapa hukumnya kita tolak??
Kita cipta undang-undang baru..
Kita mengatakan undang-undang DIA dah tak sesuai..
Tapi sedarkah kita..
Siapa yang mencipta kita sebenarnya…………
DIA @ diri kita sendiri..
Sedarlah manusia..
No comments:
Post a Comment