dalam suka ada bahagia
dalam gembira mungkin terselit duka..
tak siapa tahu..
tak siapa minta ujian melanda..
itu adalah antara lirik rahmat ujian yang dinyanyikan oleh kumpulan devoteess..
ya!!tipulah jika dikatakan tidak pernah aku menerima ujian dalam hidup ini..hidup aku aman tenteram..bahagia..ingatlah bahagia itu juga ujian..kaya itu juga ujian..tapi kadang-kadang kita tidak sedar bahawa DIA sedang menguji kita samaad dengan kekayaan itu adakah kita akan menjadi seorang pemurah..menyumbangkan wang ringgit kita kepada jalan NYA..ramai yang terleka..apabila diuji dengan kemewahan..
tapi,apabila diuji dengan kemiskinan,kefakiran dan pelbagai lagi..pasti cepat benar kita mengeluh..kenapa aku diuji sebegitu rupa...mengeluh..murung sepanjang hari..barulah teresak-esak mencari DIA..kerana kita sudah tidak nampak solusi bagi permasalahan kita..
ya!!! DIA maha pengasih..mengingatkan kita agar kita sudah terlalu lagha dengan dunia..aagar kita kembali kepada NYA..sesungguhnya hati yang begini lebih mudah dilunakkan..
betapa ramai yang angkuh bongkak..kembali tunduk dan tawadduk kepada ALLAH dan hormat kepada orang lain..betapa ramai yang menemui iman dan beramal soleh dek kerana ujian yang menimpa dirinya..
Firman Allah: (maksudnya)
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.(Surah al-Baqarah 155-157).
sabda nabi s.a.w:
“Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)” (Riwayat Muslim).
Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we’re here together
aku kena berpindah ke uia pj untuk sem last ne..agak seronok kerana kitorang boleh pilih budak bilik..sarah,ayuni,hidayat,mimi dan hayati itulah teman bilikku..memang seronok..tak pernah sunyi dibuatnya dalam bilik ini..
terima kasih ya rabbi..kerana menghadiahkan teman yang tidak pernah jemu memberi sokongan..walaupun dalam kekalutan pelbaga ujian yang melanda..dengan perjumpaan yang berlambak-lambak tapi tak ape kerana ALLAH tak uji kalau tak mampu..ilek suda..alhamdulillah :)
tok ganah mano samaad
ReplyDeletehaha..bersyukur2.
ReplyDelete