kata-kata imam al-ghazali: "apabila cinta kepada ALLAH itu sampai ke lubuk hati,maka semua cinta kepada selainNYA akan TERSINGKIR...." ALLAH... Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan tehiris,, Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi,,
Thursday, 19 January 2012
disebalik embun
Bismillah..
Rasa takjub melihat embun pagi..sejuk dan menenangkan hati..segar dan begitu berkilauan..ya!! kilauan nya bagaikan memantulkan cahaya dhuha..ketenangan menjalari hati..dengan kehijauan dedauan dan dihiasi embun yang begitu memukaukan..ALLAH kuasaNYA sungguh HEBAT..beruntunglah bagi siapa yang mahu berfikir dan meneliti segala keagunganNYA. Bunga dan rerumput selalu mengalirkan kesejukan di mataku dan kilau beningnya memantulkan cahaya sebagaimana cermin,menghadirkan takjub memenuhi rongga hati.
Kata imam ghazali:hati itu ibarat cermin.ketika seseorang melakukan dosa/maksiat maka ada satu titik hitam yang menodai qalbunya.semakin banyak dosa,semakin banyak titik itu menutupi qalbunya. Jika sudah bertutup dengan banyak titik hitam,qalbu yang ibarat cermin itu tidak mampu lagi digunakan untuk bercermin.
Murabbiku mengajarkan kami ahli usrahnya dengan Zikir lailahaillallah.dengan menekankan kalimah illallah seperti mengetuk hati itu..secara analoginya bantal diketuk dengan kayu maka akan bertebaranlah debu-debu dari bantal itu..
ALLAH..sesungguhnya berhati sebening embun,mereka akan mampu melhat dunia dengan terang benderang kerana di anugerahkan basirah (pandangan hati) yang selalu menuntunnya berbuat kebaikan.dan basirah akan memunculkan sifat –sifat yang baik..tapi dimanakah aku..bagaimanakah hatiku..ALLAH..
Imam ghazali pernah berpesan:carilah hatimu di 3 tempat. Temui hatimu sewaktu membaca al-quran. Tetapi jika tidak ditemui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.Jika tidak ditemui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika tidak ditemui juga, maka berdoalah kepada ALLAH SWT, pintalah hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kamu sudah tidak mempunyai hati..
SALAM MUHASABAH..
PERBUATAN KITA MENGGAMBARKAN HATI KITA..SAMAADA MASIH HIDUP ATAU SUDAH LAMA TERKUBUR..ALLAH...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
moga ada tahajud lagi untuk kita
ReplyDeletepesan seorang sahabat pada aku...
jika kau dapat komited dalam tahajud maka tiada apa yang perlu kau resahkan dalam hidup ini