Sunday 29 January 2012

aku ada DIA..

bismillah..
wahai diri,
kau kata kau cinta DIA,
tap hari-harimu dipenuhi cinta dunia..

kau kata tiada tuhan selain DIA,
tapi gantung harapmu bukan padaNYA..

kau kata DIAlah segala-galanya,
tapi selainnya yang kau adu bila ditimpa ujian..

dalam solat,
kau lafaz allahuakbar,
tapi selainnya yang kau takuti..

kau tahu istigfar itu dapat hapuskan dosa,
tapi lisanmu sering meratibkan hal-hal lagha..

kau kata DIAlah yang MAHA HEBAT,
tapi masih terselit riak disebalik tindakan..

kau sering cakap apa yang kau tidak bikin..
kau kata DIA lah tuhanmu,
tapi dalam masa yang sama benda lain yang engkau gantung harapkan,
yang engkau takuti,
yang engkau lebihkan lebih dari NYA..

engkau kata kau redha dengan ketetapannya,
tapi dalam masa yang sama rungutanmu lebih banyak dari sabar..

kau kata kau hambaNYA,
tapi hati,fikiran lebih tertumpu pada yang haram..

ALLAH,begitu banyak percanggahan..
tapi bukankah DIA sediakan taubat untuk kita??
DIA tahu kita lagha..mudah lupa..
jadi,apasalahnya,kita perbaharui taubat kita..
kerana DIA MAHA PENGAMPUN..

Wahai diri,
DIA tahu apa yang kau tidak ketahui..
DIA teramat dekat,
lebih dekat dari urat leher kita..
senyumlah.. :)
perlahan-lahan mujahadah,
sesungguhnya dia bersama orang yang sabar.
dan maqam sabar itu amatlah tinggi..

2 comments: