Wednesday 29 February 2012

assalamualaika ya rasulallah :)

Assalamualaika ya rasulallah.
Wahai purnama..yang indah lagi sempurna.
Tiada hari yang lebih indah .
Semerbak harum kasturi,mewangi..
12 rabiulawal hari isnin,tahun gajah.                                
Seluruh dunia disimbah dengan sinar cahaya.
Lahirnya bayi yang indah amat sempurna.
Aminah mendakap penuh kasih sayang
Yatim yang suci anak Abdullah.

Assalamualaika ya rasulallah..
Selawat ALLAH keatasmu selama-lamanya..
Siang dan malam jua..
Mengalir airmata jernih tanpa tertahan..
Rindu sekali ingin menatap wajah mu yang suci..
Merobek seluruh sanubari..
Jika kerinduan tiada kau tawarkan..
Keindahan syurga tiada mengubat diriku
Jika wajahmu tidak dapat ku pandang..

Assalamualaika ya rasulallah..
Setiap hari meniti di bibirku selawat padamu..
Apakah bernilai harta yang ku miliki
Jika kau tidak tersenyum melihatnya..
Apakah makna keindahan syurga
Jika kau tidak dapat ku pandang..
Apakah makna nafasku
Jika kau berpaling dari melihatku..
Begitu teringin aku ketika bertemu denganmu
Kau meluahkan lafaz “engkaulah umatku”
Walaupun sedetik Cuma dapatku tatap wajahmu itu sudah memadai..
Tapi jika selama-lamanya itu yang aku impi-impi..

Ya rasulallah..
Ya habiballah..

"kita mencintai baginda selepas mengenalinya,
baginda mencintai kita sebelum kita ada,
gila pada manusia yg buta,
tapi luar biasa bagi yg menilai dgn jernih hati"


No comments:

Post a Comment