Thursday 8 March 2012

keluhan seorang sahabat :)



Baru-baru ini, kawanku mengeluh “letihlah aku,dok dengar kawan aku nie dok bergayut malam-malam, tak penat ke sampai ke subuh gayutnya. Apa yang dicakap entah. Aku nak tido un tak boleh. Banyak benar cerita diorang sampai subuh un tak tido. Ish,geramlah”, marah benar sahabat aku itu. Aku merenung wajahnya,terbukti marah benar sahabatku itu.
“Aku mesti tegurlah.tapi aku tak tahu nak tegur camne. Nak je aku sound depan2 tapi tak berhikmah la plakkan nanti gaduh satu sem plak ngan aku.” Redup wajahnya menutur kata2 itu dengan nada yang menurun, mungkin dalam fikirannya dia tengan berfikir apa kah yang patut dia lakukan.
“ya!! Aku mesti tegur dia. Aku tak nak dia heret  aku ke dalam neraka sekali. Aku tak nak dia leka camtu pastu dalam kelas mulalah tersengguk-sengguk.”
Penuh semangat bicaranya. Bagus tindakanmu duhai sahabatku. Terbukti engkau mencintainya bukan atas dasar suka-suka semata-mata. Duhai sahabat, jika ditegur kenapa bergayut  malam-malam hari,tanpa tujuan, tanpa hubungan yang halal, pasti jawapanmu berderetan. Engkau pasti menjawab “ ala bukannya apa.bosanlah.cakap je pun bukannya pegang pun. Kitorang ne kira okey lah sebab saling ingat memperingati, nasihat menasihati. Baik kan,kan,kan??
Wahai sahabat, tahukah dikau zina itu banyak bukannya 1 seperti yang engkau fikirkan tapi banyak:zina hati, zina telinga, zina mata dan so on la..
Duhai sahabat, Hati engkau  tu ada software ek nak halang daripada ingatkan dia. Wah!! Hebat!! Mase dok cakap-cakap tu ingatkan ALLAH la ek??  Wah!! Mabruk lah!! Aku tak ley nak call-call ni sebab aku tak de ar software tu. Aku ne mudah je ingat-ingat ne tambah2 lagi benda2 dosa ne..
ALLAH ada berfirman  لا تقربوا الزنا"”. ALLAH kata jangan dekati zina bukan ALLAH kata jangan berzina kan??? Nak cakapnya jangan dekat denag perkara-perkara yang menyumbang kepada zina.  Maaf sahabat, aku tak mengatakan bahawa kita tidak boleh langsung berhubung dengan berlainan jenis. Boleh je. Silakan. Berhubunglah tapi mesti ada batasnya.berhubung biarlah punyai tujuan, contoh untuk bergerak kerja,silakan lah kerana perkara itu perlu tapi kalau setakat nak berkenal kenalan ni tak perlu lah kot  nak buat apa?? Ha!! Nak Tanya soklan kita nak ke suami kita nanti adalah yang selalu berhubung ngan perempuan lain selain kita?? Nak??setiap hari dok Tanya khabar perempuan lain?? Wah!! Kalau lah jawpannya tak cemburu hebat!!! carilah hati anda..mungkin anda sudah ketiadaan hatii..hehehe
Pastu kan sal zina telinga lak, dok sembang2 tu ngan telinga kan??  ALLAH..kejamnya kita ni . tak bersyukur ngan apa yang DIA bagi. DIA bagi untuk kita wat bende elok2 tapi kita plak gunakannya untuk wat maksiat plak. Tak malukan kita?? Kan?? Kan?? Kan??
Sahabat.. ALLAH tengok apa yang kita buat tau. Kita buat silap tapi nape kita baut tak kisah je ek?? Ehmm..mungkin kita dah tahu dah ek tarikh bila kita mati?? K camne?? Tak ek?? Jadi nape kita teruskan jika kita tahu itu salah??  Ehm kita tahu tapi kita tak sedar perkara itu kan?? Lain sedar dengan tahu ni.
Kalau lah mengikut cct(creative critical thinking), one of the barrier to be a critical thinking is rationalization. Tahu benda tu tapi cuba cari alasan dan bagi explaination untuk jadikan benda yg haram tu halal. Mudahnya matlamat menghalalkan caralah..  sahabat, matlamat tak menghalalkan cara. Sedarlah sahabat, jodoh ne ALLAH dah tetapkan dah dan sabarlah. Daripada dok cari cinta manusia yang haram tu baiklah kita kejar dan cari cinta DIA kan?? Ooh!! Ke dah dapat?? Hehehe.. Tanya hati, koreksi diri..

No comments:

Post a Comment