pejam celik pejam celik tidak sedar betapa cepatnya masa dan semakin bertambah usia ini,tapi,bagaimana pula dengan amalan hal yazid aw yanqus??.
Disaat aku selesai menunaikan solat isyaku dan duduk berteleku sambil mengaminkan doaku.ketika itu,sayup2 aku dengar selawat yang dialunkan dari musolla yang berdekatan rumahku..begitu tenang dan mendamaikan diri ini.rindu benar rasa nya untuk bersua muka denganmu ya rasulallah s.a.w..tapi umatmu ini banyak nodanya..ya ALLAH ampunkan dosa hamba..
Suka aku coretkan disini akan sebuah kisah,bahawa seorang lelaki melihat sejenis makhluk yang amat mengerikan.
lalu dia bertanya, "siapakah engkau?”
makhluk itu menjawab, "akulah amalmu yang buruk”
lelaki itu bertanya, "apakah caranya agar aku dapat selamat dari engkau?”
makhluk itu menjawab, "dengan membaca selawat nabi s.a.w.”
selain kisah itu,suka aku untuk membiarkan pena terus menari mencoretkan sebuah lagi kisah.
Diceritakan bahawa seorang lelaki tidak pernah membaca selawat.pada suatu malam,dia bermimpi bersua dengan nabi s.a.w tetapi nabi tidak menoleh kepadanya.
Lalu lelaki itu bertanya "wahai rasulullah,apakah kamu marah kepadaku?”
Kata rasullullah s.a.w “tidak”
Lelaki itu bertanya lagi "kenapa engkau tidak memandangku?”
Kata rasulullah s.a.w "kerana aku tidak kenal kamu”
Laku lelaki itu berkata "bagaimana engkau tidak mengenaliku ?aku adalah lelaki umatmu.padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau lebih mengenali umatmu daripada ayah ibunya”
Rasulullah s.a.w berkata "mereka benar.aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mengingatiku dengan membaca selawat.padahal aku kenal umatku bergantung pada bacaan selawat mereka padaku.”
Kemudian lelaki itu tersedar dari lenanya.lalu dia mewajibkan dirinya membaca selawat 100 kali sehari.selepas itu,dia bermimpi bertemu dengan rasulullah s.a.w lagi.
Rasulullah s.a.w berkata "sekarang aku telah kenal engkau dan aku syafaati engkau.”
~Ya nabi salamun alaih,
Ya rasul salamun alaih,
Ya habib salamun alaih,
Solawatullahi alaih.
Dimulakan dengan selawat
ke atas nabi syafiul umat.
moga diberkati hidupku
selamat didunia dan akhirat.
Pergimu tiada penganti,hilanglah seribu warna ini
,kau lah penyeri kaulah purnama
yg menerangi hidup manusia
Lahirmu dijanjikan Allah
membawa rahmat sekalian alam
membina umat yg bertamadun
kau lah nabi kekasih allah.
Walau ujian melanda
kau sabar menghadapinya
kau contoh sebaik umat
tauladan sepanjg zaman
walau kau tiada lagi
kau tetap disanubari
jasamu terlalu agung namamu tetap dihati.~
(lirik lagu selawat junjungan –inteam)
Rasulullah s.a.w bersabda: “tiada keluhan yang terdengar di padang Mahsyar melainkan setiap diri berkata;”wahai diriku yang malang, aduhai alangkah malangnya diriku.”
Dalam gema keluhan manusia di padang mahsyar itu hanya Rasullullah s.a.w seorang diri yang tidak mengeluh terhadap masalah dirinya, sebaliknya baginda sentiasa menyebut ; “ummati,ummati”betapa prihatinnya nabi kita kepada umatnya sejak dari dunia hingga lah ke padang mahsyar..
Saidina Umar r.a pernah menceritakan pertemuannya dengan alim yahudi yg telah memeluk islam bernama Kaab AL-Akhbar (Kaab ialah namanya dan Al-Akhbar ialah tuan guru)maksudnya tuan guru Kaab.Beliau orang yang alim dan mendalami kitab taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s.Selain itu,beliau mendalami kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s sedangkan umat arab belum didatangi sebarang kitab dari langit kecuali setelah turunnya al quran.
Pada suatu hari,Umar bersua dengannya.lalu Umar meminta nasihat darinya.
“wahai Kaab Al-Akhbar,berikanlah suatu peringatan yang menggerunkan aku terhadap ALLAH s.w.t, sesungguhnya hatiku selalu dalam keadaan lalai.tolonglah berikan semangat kepadaku, tolonglah kejutkan aku daripada jiwaku yang sedang tidur”
Alangkah hebatnya seorang khalifah yang bergelar Amirul MukminIn,tidak sombong dan angkuh bahkan meminta nasihat daripada Kaab untuk menggerakkan jiwanya yang disifatkan masih tidur lena. Dan meminta ditiupkan semangat untuk terus berjihad menegakkan agama ALLAH.
Setelah mendengar permintaan itu,maka Kaab Al-Akhbar berkata;
“demi Tuhan yang jiwaku di dalam genggaman-NYA. Wahai Amirul Mukminin Umar, kalau engkau membawa amalan yang paling bernilai ke akhirat sebagaimana amalan tujuh puluh orang nabi, namun jangan engkau sangka bahawa engkau sudah selamat. Tetapi apabila tiba saatnya neraka menghembuskan bahang panas dan bau busuk yang terkandung didalam perutnya,nescaya engkau hanya akan mengingati dirimu sendiri.”
Sehingga Nabi Ibrahim yang bergelar Khalilullah ketika itu merayu kepada Allah s.w.t.;
“ wahai tuhanku,aku Khalil-MU, sesungguhnya aku tidak akan meminta sesuatu melainkan tolonglah perhatikan diriku, agar Engkau selamatkan daripada hembusan nafas neraka jahannam itu”
Masyaallah…
Rujukan :bertemu janji ALLAH.
Salam ziarah... Tak tahu dimana boleh hamba tinggal jejak.... =)
ReplyDelete