Thursday, 29 December 2011

risikan :)




ya ALLAH..malunya denganMU..
dangkalnya ilmu..
ceteknya iman..
sikitnya amal..
tapi menerima risikan..
tak menyangka sama sekali..
usaha mensolehahkan diri..
mendapat perhatian sebegitu rupa ..
jawapan apa harus diberikan..
lamaran emas sekali cuma..
walau berat mulut ingin mengatakan
“ya,aku terima risikan ini..”
Tapi hati mendesak..
Sekejap,
Kutemui jua jawapannya..
Moga-moga berkah mendahului..
Dalam malu ku yakinkan diri..
Lalu hati berkata,
“ya!!! Aku terima RISIKAN PERJUANGAN ini..”

Firman Allah Taala:
"Katakanlah: Inilah jalan (agama)ku. Aku dan orang-orang yang mengikutku mengajak (kamu) kepada Allah
dengan hujjah yang nyata. Maha Suci Allah s.w.t, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik". Yusuf: 108


Jalan dakwah adalah jalan para nabi..
“kita akan merasa perjuangan kita ini sempit apabila kita memikirkan kita yang memulakannya, akan tetapi, apabila kita memikirkan perjuangan ini bukan kita yang menamatkannya dan kita hanya salah satu dari mata rantai antara rangkaian yang panjang, maka kita akan merasa betapa luasnya perjuangan kita kerana keluarga kita bukan diikat oleh keturunan darah tetapi keturunan kita diikat oleh kesatuan dan aqidah “
(as syahid syed qutb)
ALLAH SWT telah berjanji bahawa Islam akan menang jua akhirnya.maka, dengan keimanan kita terhadap ALLAH SWT, pasti kita meyakini janjiNYA..namun,dalam diam-diam, keyakinan kita menjadikan kita berangan-angan dan sekadar menunggu sambil bertanya : “bila la kerajaan Islam nak terbentuk ya?”
Tetapi alangkah bagusnya jika ‘dia’ bertanya : “ketika kerajaan ISLAM kembali nanti, adakah aku termasuk dikalangan orang-orang yang mengembalikannya??”
Dan sekiranya kita semua termasuk dikalangan orang-orang yang bertanya sedemikian, alangkah terlebih baik sekiranya kita bertanya dahulu diri kita : “adakah aku sudah menegakkan Islam di dalam diriku terlebih dahulu sebelum aku ingin menubuhkannya di atas muka bumi ini”

1 comment: