Tuesday, 27 December 2011

ujian???






kadang-kadang resah hati kita dek kerana dilanda ujian yang bertubi-tubi..
mulalah diri mengeluh dan timbullah perasaan putus asa kepada rahmatNYA..
Ingat tak kita yang kita sudah berapa kali dilanda keperitan hidup..
tapi masih juga ALLAH bagi kita hidup dengan selesa..
cuba telusuri baik-baik,dalam hidup ini bermacam-macam ujian,musibah melanda,..
tapi kita dapat melepasinya kan??
ya!! kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada..
kata HAMKA " apa yang kita ada adalah harapan kita"

ALLAH berfirman: "Dan ingatlah tatkala tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatKU kepada kamu, dan demi sesungguhnya,jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKU amatlah keras"

'wahai jiwa,setiap musibah mestilah dirasakan sebagai didikan ALLAH .tetapi jika kita keluh kesah, ia bertukar bala .Jika  sabar,ia menjadi pahala. Saat diuji beginilah kita mendapat peluang untuk mengamalkan apa yang selalu kita dengar dalam tarbiyyah & kuliah, Cuma amalan ini tidak nampak kerana ia lebih menusuk  rasa hati.Jalan mujahadah memang sukar. Ini jalan warisan para rasul & sahabat. Kebahagiaan itu bukan hanya di hujung jalan, tapi di sepanjang jalan. Berbahagialah ketika memulakan langkah pertama kerana anda sebenarnya sedang menempah kejayaan '


                           













fursan -keinsafan diri

Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon   keampunan dari ilahi

Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari tuhan yang esa

Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali

Ku tidak layak kesyurgamu
Namun tak sanggup ke nerakamu
Kutunduk sujud merendah diri
Kembali padamu

Ku tetap setia
Padamu oh tuhanku
Akan ku patuhi segala
Suruhanmu

Akan ku jauhi
Segala laranganmu
Itulah tanda cinta
Cinta ilahi

No comments:

Post a Comment