Pada petang jumaat,aku bersama ibu & ayahku pergi ke rumah ustazah untuk berubat. Selepas siap berubat,ayah mengajak kami pergi ke pantai yang terdekat.
Dalam perjalanan ke sana ayah berkata
“bagus tengok pantai ne.dapat pahala.betul tak je?”
“ehm betullah tu. Dapat pahala gak kalau tengok ulama,ibubapa..”lincah mulutku berbicara.
Kemudian ibuku ketawa dan mengulang semula ape yang aku kata “ulama..ibubapa..”
Selepas sampai ke sana,kami menuju ke gerai makan yang berdekatan. Kami makan ikan goreng tepung dan beberapa makanan laut yang lain..wah..sedapnyeee!! dah lame rase nye tak bersama parents ku diluar begini.
Setelah siap makan,kami duduk diatas batu. Memerhati dan melihat ombak yang tiada henti dan sungguh menenangkan jiwa dibelai angin sepoi-sepoi bahasa..
Adakah kita pernah berfikir??
Kenapa ombak itu tidak pernah berhenti?? tak letih ke?? hehe
Kenapa ikan-ikan dilaut tidak pernah habis walaupun nelayan turun ke laut setiap hari??
Mengapa air laut yang masin itu tidak memasinkan ikan sedikit pun??
Ya!!! cuba tanya pada diri kita,kita ini adakah hanya insan yang hanya berzikir tanpa fikir??
Atau yang hanya berfikir tanpa zikir??
Cuba kita lihat..langit yang terbentang indah..bumi yang terhampar luas..bulan dan bintang menerangi gempita malam..adakah semua ini diciptakan hanya untuk sia-sia sahaja??
Firman ALLAH dalam surah ali imran :191
“mereka yang sentiasa berzikir(ingat) kepada ALLAH dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring dan berfikir tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) : “wahai Tuhan kami! Tidaklah ENGKAU menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau maka peliharalah kami daripada azab neraka”
Semua kejadian alam ini akan mendekatkan kita kepada Yang MAHA KUASA..berfikir tentang keunikan, ketelitian ,kelestarian akan menyebabkan hati kita mampu “melihat” pencipta kita.. Pada masa itu,hati kita akan berzikir alangkah indahnya ciptaan NYA (makhluk) tapi PENCIPTAnya (khaliq) jauh lebih indah dan gah.. MASYAALLAH..
No comments:
Post a Comment