Wednesday 23 November 2011

kembali bersinar..




Aku masih di jendela ini..
Terusku ukirkan sebuah kenangan..
Ya!!gerimis masih belum berhenti..
Terus membasahi bumi..
Yang sudah lama kontang dek kemarau..
Dan kini musimnya..
Walaupun turunnya tidak berhenti-henti..
Tapi aku masih dapat merasai sirna mentari..
Dibalik kepulan awan itu..
Burung berterbangan bebas..
Wah!! Sungguh riang nampaknya menebarkan sayapnya diangkasa..
Petang ini..aku mengerti
DIA tidak pernah mengecewakan hati ini..
Aku menitiskan airmata,merintih pada NYA..
Aku buntu tidak tahu apakah solusi..
Akhirnya,DIA menjawab & dengan sekelip mata..
Daripada tiada solusi menjadi konklusi..
Dapat ku simpulkan jangan pernah berputus asa dari rahmat TUHAN..
DIA maha mendengar
Dan melalui tarbiyyah ini teguranNYA begitu lembut..
Kerana aku akhirnya sedar bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya..
Seperti mentari yang hilang sebentar dibalik awan..
Gerimis lebat turun tidak berhenti-henti
Sampai merintih duka mencari kemana sirna mentari..
Rupa-rupanya DIA ingin hadiahkan sebuah pelangi..
Yang begitu indah sekali





Sabda Rasulallah Saw:
Doa itu adalah ibadah. Kemudian beliau membaca firman Allah ta’ala (yang artinya): “Dan Tuhanmu berfirman: “berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina”


No comments:

Post a Comment